? ??????????????Buddy Christ? ????? ?? ???Rating: 4.5 (6 Ratings)??13 Grabs Today. 588 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????Purple Bloom Flower? ????? ?? ???Rating: 3.9 (42 Ratings)??13 Grabs Today. 13399 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 1 April 2010


"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Khamis, 25 Mac 2010

Alhamdulillah...usahaku berhasil..

Salam..saja aku nk share kegembiraan aku stelah berjaya menyiapkan proposal merupakan tugas utk sem 6 ni, betapa penat dan tension semasa proses menyiapkan tugasan ni, aku xdpt menikmati tido mlmku..aku abaikan masa rhtku demi meyiapkan tugasan ni...aku mendapatkan kekuatan ni drpda sokongan kwn2 ku...aku akan lbih bersemngat sekiranya aku mengetahui ada yg dh settle...perkara tu menaikkan semangat ku untuk berusaha menyiapkan proposal ini dan telah approved oleh lecturer n supervisor....ini kerana prinsip aku ialah org lain mampu buat kenapa aku xmampu buat...semangat ku dtg drpda kta2 ini...terima ksih kwn2 yg memberi kekuatan kpd ku ...xlupa kpda mak yg slalu memberi kata2 peransang..aku sgt syg kepada kalian semua...hidup ku hanya untuk kamu semua selain yang Maha Esa...aku rela berkorban demi mencapai kebahagian dan memberi kegembiraan kpd kalian...aku perlukn lg sokongan dr kalian smua utk exam nt dan seterusnya...thank u so much..to all my frenz..slmt menyiapkan proposal..kita mampu lakukannya..caiyok3

Selasa, 2 Mac 2010

salam bakal Pendidik...

Di sini, saya ingin kongsikan beberapa ciri2 seorang pendidik. Pendidik bukan sahaja datang ke sekolah untuk mengajar tetapi pelbagai aspek perlu dititikberatkan. Ini kerana pelajar yang akan dilahirkan biarlah menjadi insan berguna dan terpilih.

(dipetik daripada Blog Guru Cemerlang SMK PULAU NYIOR,KEDAH)

Ciri-ciri Guru Cemerlang
Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:
  1. Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik
  2. Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
  3. Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
  4. Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.
  5. Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.
  6. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi

Isnin, 1 Mac 2010

Langkah Tercipta...(UNIC)


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah…Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,segalanya dariMu.

Lagu : BazliLirik : Bazli & Atie

Rabu, 24 Februari 2010

Doaku...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ya Allah...
Seandainya telah Kau catatkan ..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kebahagiaan itu abadi..
Ya Allah ya tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah..
Seandai telah Kau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah ya tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangnya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku senantiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah ya tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan ...
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hambaMu ini...

Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku..
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini..
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah..

Ya Allah....
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka..
AMIN.... AMIN... AMINN...
Ya Rabbal'alamin..

Sabtu, 6 Februari 2010

...SMTKS in memory....

Pada 15- 17 januari 2010 yang lalu, saya bersama 9 orang rakan telah mengadakan Program Kepimpinan di SMTKS atas jemputan pihak sekolah tersbt di samping kami perlu menyelesaikan tugasan bagi kursus Pengurusan Perkhidmatan B&K. Alhamdulillah..kami dapat melakukan dengan baik walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki ..coz kami pun masih dalam pembelajaran lg..kami membawa modul PRODIGY iaitu Modul ICE BREAKING, PAC, 5 DOMAIN, SI BUTAKU SAYANG, TEAM BUILDING serta SUBCONSCIOUS. Thanks u so much to pihak SMTKS serta our sifu...Jasamu Tetap Dikenang...


....cikgu2 smtks belanja nasi goreng korek-korek after abis aktiviti.....


adik2 SMTKS yang sporting coz akak2 n abg2 fesi tlebih sporting..he2


.....i love this team...